Foto: Koleksi Peribadi Mardiana Alias
Tarikh yang takkan pernah dilupakan ialah 7 Januari saat saya dilahirkan ke dunia ini. Tarikh keramat di mana saya selamat dilahirkan di Hospital Kajang oleh bonda yang tersayang iaitu Hajah Imai Tudan.
Hasil dari benih cinta di antara 2 insan paling bermakna dalam hidup saya iaitu bonda Hajah Imai Tudan dan ayahanda Haji Alias Musa, telah melahirkan kami 6 beradik dan saya yang bernama Mardiana binti Alias, merupakan anak sulung daripada 4 orang perempuan dan 2 orang adik lelaki.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Beranang bermula dari drjah satu sehinggalah darjah 6. Kenangan terindah di zaman persekolahan masih segar dalam ingatan saya. Sangat minat dalam sukan, kesenian dan kebudayaan menjadikan saya seorang murid yang sangat aktif. Merupakan ahli olahraga dan pemain bola jaring sekolah. Turut menyertai persembahan tarian dan juga persembahan nasyid setiap kali ada program. Juga merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah@PBSM yang sentiasa akan dicari bila adanya kecederaan di kalangan para pelajar. Semua ini menjadikan saya seorang yang berdisiplin dan sentiasa bersemangat dalam melakukan sesuatu.
Melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Agama Selangor di Kajang sehingga Tingkatan 2 dan seterusnya mengambil PMR dan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor. Masih bergiat aktif dalam sukan dan mewakili sekolah dalam bidang olahraga dan bola jaring ketika di sekolah menengah.
Berbekalkan keputusan yang baik, berjaya pula melangkah kaki ke menara gading iaitu di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak dalam jurusan Perakaunan. Habis majlis graduasi saya mengutip pengalaman bekerja sebagai Juruaudit Akaun di syarikat swasta sehingga tahun 2016 dan pada Disember 2016 melangsungkan perkahwinan bersama insan tersayang Mohd Azuan Yusof.
Kemudian bekerja pula sebagai Eksekutif Perakaunan di syarikat swasta di Cheras sehingga tahun 2013. Dan selepas berpantang anak ke-3 saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada anak-anak dan urusan rumahtangga. Perkongsian hidup selama 11 tahun telah mengurniakan kami 4 orang cahayamata, 3 puteri dan seorang putera dan kini saya sedang hamil anak ke-5 pula. Syukur pada Allah di atas permata yang tak ternilai ini.
Maka bermulalah perjalanan baru bagi saya sebagai seorang surirumah. Selang beberapa bulan bergelar surirumah saya menceburkan diri dalam satu perniagaan atas talian. Perniagaan MLM berkaitan makanan kesihatan di bawah syarikat tempatan. Disebabkan minat saya dalam bidang penyusuan susu ibu, maka rangkaian produk Qaseh Gold menjadi pilihan saya. Menjadi pengedar sah dari 2013 sehingga mencapai sasaran menjadi stokis pada Januari 2015 sehingga kini.
![]() |
Menerima beberapa anugerah semasa menjadi pengedar |
![]() |
Layak menyertai percutian bersama duta produk iaitu Ustaz Haslin Baharim yang ditaja syarikat |
![]() |
Menjadi stokis sejak 2015 hingga kini |
Sukakan cabaran saya menceburi pula perniagaan MLM global yang telahpun ada di 160 buah negara. Iaitu produk berasaskan aloe vera bersama Forever Living Produk pada Febuari 2017. Berbekalkan pengalaman bersama rangkaian di syarikat tempatan, saya mula mengorak langkah demi langkah bersama rangkaian baru di Forever Living.
Harapan saya mahu menyebarkan kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan kepada masyarakat di luar sana. Selain itu mahu juga menjana pendapatan pasif untuk hari-hari yang mendatang. Dan Forever Living adalah platform yang terbaik yang pernah saya jumpa. Selain dari produknya yang organik dan diiktiraf oleh Persatuan Aloe Vera dunia, Forever Living juga mempunyai syarikat yang kukuh dari segi kewangan di mana kesemua bangunannya di 160 buah negara adalah miliknya sendiri tanpa menanggung bebanan hutang pinjaman bank. Peelan pemasarannya yang sangat ringkas dan mudah untuk diikuti oleh sesiapa sahaja. Pelbagai insentif disediakan oleh Forever Living buat para pengedarnya yang setia dan berdaya saing.
![]() |
Bersama-sama team, berjaya mencapai sasaran menjadi Supervisor pada November 2017 |
![]() |
Bersama GLT Muslim Pertama di dunia, Sapphire Manager Juraidah Mohamad yang menjadi inspirasi saya di Forever Living |
![]() |
GLT Juraidah bersama suami mengambil cek dari tabung keuntungan Forever Living di 160 buah negara |
Saya mengambil keputusan menceburkan diri dalam arena blog ini kerana pada saya blog adalah satu wadah yang tersusun dan bersistematik untuk saya terus berkongsi tentang manfaat produk dan juga peluang dan ruang bagi yang sukakan cabaran dan minat dalam bidang perniagaan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang sudi berkunjung di blog saya ini. Semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat dan memberi nilai tambah pada sesiapa sahaja. Inshaa Allah. Aamiin.
No comments:
Post a Comment